May 7, 2009

Jaga agama..anda terpelihara..

daripada pembinamelaka@googlegroups.com
pengarang= hidayah_10@yahoo.com

Semasa saya belajar di luar negara, saya pernah terlibat dengan beberapa kelab dan menganjurkan beberapa majlis. Setiap satu aktiviti mematangkan saya untuk memastikan supaya saya berpegang teguh kepada neraca Islam tidak kira apa jua cara.

Pengalaman pertama, sebuah kelab yang rata-ratanya ahlinya merupakan Melayu, insya Allah kesemuanya Muslim, menganjurkan majlis makan malam dengan tema hiburan. Saya selaku AJK telah meminta izin saya memberi kata dua, sama ada majlis tersebut dianjurkan cara sepertimana yang saya kehendaki ataupun saya dikecualikan daripada penganjurannya. Saya mendapat reaksi terkejut daripada salah seorang ahli jawatankuasa yang lain dan menyangka saya seorang yang ekstrem. Salah seorang ahli jawatankuasa yang lain pula menerimanya, dan menyatakan bahawa dia memang tidak arif bahawa kebanyakan kebiasaan orang Melayu sebenarnya bertentangan dengan islam. Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya telah berjaya menyatakan yang benar, dan mengelakkan diri saya daripada terlibat dengan majlis yang tidak menepati syarak. Majlis tersebut tetap dianjurkan, dengan para hadirinnya menyatakan kegembiraan yang teramat kerana dapat meluaskan “networking”dan berjumpa Melayu lain di negeri itu.

Pengalaman kedua, accomodation (tempat tinggal) saya tinggal merupakan milik persatuan Kristian yang terkemuka di dunia. Salah seorang staf akomodasi tersebut merupakan seorang wanita Turki, yang merupakan seorang Muslim, tapi oleh kerana dia kelihatan seperti orang putih dan tidak berhijab, orang tidak akan menyangka bahawa dia adalah seorang Muslim. Dia menyatakan pada saya bahawa dia mahu memberitahu pihak pengurusan akomodasi tersebut untuk menganjurkan majlis hari raya Aidil Fitri untuk pelajar-pelajar Muslim yang tinggal di situ. Oleh kerana penganjur majlis adalah staf-staf lain akomodasi milik persatuan Kristian, saya khuatir mereka menganjurkannya secara suka hati mereka. Mengikut majlis-majlis resepsi (reception) yang mereka adakan sebelum ini, mempunyai tari menari, berpakaian ikut tema hiburan, alcohol, dan makanan yang diragui kehalalannya. Namun, masih ada ramai pelajar Melayu yang pergi. Lalu, saya menghantar satu surat yang panjang lebar menyatakan criteria majlis tersebut yang saya kehendaki, apa perlu dilakukan – makanan yang benar-benar halal, tidak menggunakan perkakasan yang pernah digunakan untuk makanan yang ada khinzir, pengasingan tempat lelaki dan perempuan. Pada petang sebelum majlis tersebut, saya mendapat satu panggilan daripada staf akomodasi tersebut, bahawa mereka akan menepati syarat-syarat yang saya letak. Dan meminta agar saya mengajak semua kawan-kawan yang Muslim untuk menghadiri majlis tersebut. Penganjurnya malahan mengeluarkan resit bahawa makanan yang dia beli dari tempat yang ada sijil halal. Pinggan mangkuk yang digunakan semua pakai buang. Dan tempat duduk dan tempat buffet makanan turut diasingkan untuk lelaki dan perempuan.

Saya terkelu. Merasa terharu di atas keprihatinan rakan-rakan yang bukan Muslim. Apa yang kita hanya perlu buat bersuara dan nyatakan pendirian.

Betapa juga hikmah itu barang yang hilang dari Mukmin.

Bagaimana kita ingin meminta orang lain menghormati prinsip Islam apabila seorang Muslim sendiri tidak menghormati prinsip dirinya.
Bagaimana ingin kita tontonkan keindahan Islam, apabila penganutnya sendiri tidak melihat aturan Islam sebagai suatu yang indah.

Kita sangka dunia akan menghormati kita hanya kerana kita mengikuti gaya mereka.. Tetapi sebenarnya mereka tidak memandang tinggi kepada kita di atas kegoyahan pendirian kita...

Yang pasti, Islam tidak pernah melarang terus majlis, keramaian, aktiviti ”networking”, tetapi ada cara pengendaliannya. Yang penting, dapat mengecapi objektifnya.

0 komentar:

Post a Comment

sila la comment..jangan malu jangan segan..because sharing is caring..and caring is for ALLAH..:)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More