Aug 23, 2010

PADA RAMADAN INI…



Dipetik dari blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Ramadan ini akan pergi..

Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semuga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya
(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)
Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan…
di dalam diri
(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kebesaran-Nya?)
Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
..dihempas ombak keresahan
(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada…
untuk menyambutnya!)

Aug 16, 2010

TANDA-TANDA MALAM AL QADAR…

Kata orang lihat pada sebelah paginya – tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.
Satu SMS menyatakan,” ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa. Rasa rugi kalau terlepas!” Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan Al Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya. Lalu saya balas SMS itu dengan kata, “ jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi “hamba” malam Al Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja.”
Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat. 
Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah… terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!
Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.
Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.
Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.
Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.
Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.
Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam Al Qadar. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1430 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…
Persediaan menenemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

Aug 10, 2010

Salam Ramadhan 1431 H..:)


Sirna senja di mega Shaaban
Menyambut tetamu bulan Ramadhan
Berbuah tangan sejuta tawaran
Belas kasih Tuhan yang Rahman
Setiap amal diganda kurniaan
Setiap huruf berlipat balasan
Syaitan terbelenggu berkurang peranan
Tinggal nafsu menanti latihan
Hajat dan keinginan dikekang ditahan
Seperti haiwan dalam kurungan
Perlu dijinak dengan al-Quran
Bersama zikir hati dan lisan
Bersahur jangan diawal-awalkan
Berbuka pula jangan lewatkan
Beragama jangan melampaui suruhan
Atau dikurang dan ringan-ringankan
Bersedekah bertilawah tadabbur al-Furqan
Hiasan Ramadhan jangan abaikan
Hasut bermusuhan dibalas jangan
“Aku berpuasa” slogan kemenangan
Berjamu selera jimat-jimatkan
Makan sekadar menurut keperluan
Gaza kelaparan jangan dilupakan
Banjir Pakistan jangan disepikan
Qiyam Ramadhan jangan ketinggalan
Solat Fardhu paling diutamakan
Jaga telinga jaga penglihatan
Bersih diri, hati dan keimanan
Andai ini Ramadhan perpisahan
Pulanglah dengan sejuta keampunan
Buat yang terbaik jadikan keazaman
Bersama-sama kita doakan…



dipetik dari blog saifulislam.com

Aug 4, 2010

6 Cara Blog Beri Anda Pendapatan

www.iluvislam.com
Dihantar oleh : faizsufi
Editor : Raidah


Semasa tahun 90-an,dunia internet lebih ke arah messaging dan juga laman web. Tetapi mengikut peredaran masa,blog menjadi satu medium yang semakin meningkat naik dalam mencapai target yang dihajati oleh individu.

Ada yang ingin memberi maklumat kepada orang ramai,meluaskan pengaruh politik,membina jenama,menulis diari,berhubung dan membina jaringan,kembangkan perniagaan dan tidak kurang juga yang menjana wang dengan aktiviti blogging.

make money by bloggingget paid by blogging

Kini, pemilikan blog semakin menjadi mudah dengan menggunakan platform blogspotataupun wordpress.Sesiapa sahaja mampu untuk memiliki blog,dari seorang pelajarsehinggalah ke pensyarah,dari pemandu teksi sehinggalah pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan raya Malaysia.
Adakah anda tahu,ramai yang menjana pendapatan pasif melalui blog masing-masing. Bloggers dari luar negara menjana tidak kurang dari RM4000 sebulan hanya melalui adsense sahaja. Err,apa itu adsense? Akan diterangkan pada perenggan seterusnya. Teruskan pembacaan anda...

Bagaimana blog menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat pemiliknya? Sudah pasti dari sumber pengiklanan dalam sesebuah blog. Sumber pengiklanan ada dua,dari pihak ketiga mahupun pemilik blog itu sendiri yang meletakkan iklannya. Pihak luar akan membayar sejumlah nilai tertentu untuk beriklan dalam sesebuah blog. Sudah tentu kos pengiklanan itu ke kantung pemilik blog.

Pemilik blog pula boleh mendaftarkan diri untuk iklan adsense. Adsense adalah iklan yang disediakan oleh pihak Google untuk diletakkan dalam website masing-masing. Apabila ada klik terhadap iklan itu,maka pemilik blog akan mendapat hasil komisien.

money from google

Selain dari Google,antara syarikat pengiklanan pihak ketiga adalah seperti Nuffnang, Adbrite dan Mangga Adds. Mereka ini juga menyediakan iklan untuk pemilik web dan blog. Antara contoh iklan yang mudah dilihat adalah seperti banner iklan yang terdapat di dalam sesebuah blog. Iklan teks pun boleh dikira sebagai iklan.

Setiap blog,jika diperhatikan mempunyai tema yang tersendiri. Ada blog untuk aktiviti lasak,blog resepi,blog perniagaan,blog hobi,blog komuniti,blog pojok,blog politik,blog gosip artis dan sebagainya. Pendek kata,setiap blog ada profesion masing-masing. Katakan blog anda terkenal dalam niche tentang pendidikan. Anda boleh membuat review tentang sesuatu produk yang akan dilancarkan. Sebagai contoh,sebuah buku bertajuk " Teknik Belajar Berkesan" akan dilancarkan oleh sebuah syarikat. Anda boleh mengambil upah untuk mereview buku tersebut di blog anda. Tulis serba sedikit tentang buku itu untuk tatapan pembaca blog anda. Insyaallah,bayaran untuk sesuatu review tidak mengecewakan. Kalau tolong mempromosi lagi banyak yang akan anda dapat.

review untuk pendapatan

Anda boleh mereview apa sahaja produk yang bakal dilancarkan,sama ada perkhidmatan,produk fizikal/digital dan juga khidmat perseorangan.Asalkan anda rajin mencari peluang untuk mempromosi blog anda pada orang yang sepatutnya. Setelah terkenal,syarikat pula yang akan meminta khidmat review anda. Yakin dan pasti dengan blog anda.
Perkara ketiga bagaimana kita menjana wang dengan berblogging adalah dengan menyertai affiliates. Apa itu affiliates? maksud mudahnya,kita menjadi salesman untuk produk orang lain,dan mendapat komisien atas setiap jualan dari link web kita. Anda menyertai affiliates produk percintaan yang sedang hangat di pasaran,blog anda pula memang ditulis oleh seorang mat romeo..Wah,sudah pasti jualan dari link anda bertambah!. Anda hanya perlu menggunakan beberapa teknik mudah untuk mempromosi link anda itu di blog anda. Pasti tidak mengecewakan.Antaranya meletakkan banner produk affiliates anda,review untuk produk tersebut,dan promosi melalui feedburner anda.

money from affiliates

Page ranking juga boleh di sewa untuk pemilik blog yang lain mengambil faedah atas link exchange. Katakan sesuatu laman web tersebut memiliki laman web yang tinggi page ranknya,dia boleh mengenakan bayaran untuk meletakkan link blog/web lain pada blognya. Katakan page rank blog anda adalah 7,dan ada blog lain ingin meletakkan link blognya sebagai exchange link,tetapi blog itu baru 2 bulan dan page rank 0,maka anda boleh mengenakan kadar sewa mengikut suka hati anda lah untuk meletakkan link blog si polan itu.
moeny from pagerank

Err,apa guna page ranking dan exchange link ini? Page ranking yang tinggi menunjukkan yang sesebuah web itu mendapat traffic yang tinggi dan popular di search engine.Manakala link exchange adalah untuk meningkatkan backlink url blog anda. Semakin banyakbacklink [ link blog anda di web orang lain ] maka semakin mudah untuk sesebuah blog di search oleh search engine. Ini bermakna,blog anda akan berada di kedudukan teratas dalam enjin pencari seperti Google,Yahoo,Bing dan Live contohnya.
Anda memang mempunyai idea yang mencurah-curah? Gaya penulisan anda memang umpphhh? Mampu memberi kepuasan kepada para pembaca? Ya,setiap dari kita mempunyai gaya penulisan yang tersendiri dan itu yang membezakan seseorang bloggers dengan bloggers yang lain. Penulisan anda memang sungguh kreatif dan mempunyai tarikan yang tersendiri. Maka,dengan penulisan anda,boleh ajar buat novel online,cerita bersiri,mahupun apa sahaja tentang penulisan. Buat satu membership site yang ekslusif untuk ahli premium sahaja dapat membaca penulisan kreatif anda itu. Nah,anda mendapat income dengan kadar pembayaran untuk membership site blog anda. Mudah tetapi sukar untuk dicapai.
penulisan kreatif untuk wang

Anda memang seorang yang suka menulis aka menaip? Apa kata menjadi seorang freelance untuk menulis artikel. Satu artikel yang anda karang boleh ajer dijual pada harga yang berpatutan. Err,bagaimana nak jual? opss...caranya mudah dan flexible. Hubungi pemilik blog yang anda lihat jarang untuk mengupdate blognya. Hubunginya dan beritahu hasrat anda yang mahu menulis artikel untk blog itu. Apa?? Tak diterima!?? Blog di internet ini ada berjuta-juta. Pasti ada rezeki untuk awak. Teruskan usaha.
Melalui idea anda juga,anda boleh menjual idea untuk pengguna internet yang lain. Idea anda itu diformatkan ke dalam bentuk pdf atau dalam bahasa lain menjadi ebook. Dan melalui ebook,ramai Internet Marketers dalam negara mencapai income 6 angka dalam masa kurang dari 30 hari! Maklumat dan info dalam fikiran anda itu sebenarnya amat-amat bernilai. Cuma anda yang perlu sedar akan potensinya dan yang paling penting,bertindak!
Kaedah menjana wang melalui blogging untuk point yang terakhir adalah dengan menawarkan khidmat melalui blog anda.Katakan anda pandai dalam interior design,boleh ajer menyatakan khidmat anda di blog,saya pasti,anda akan mendapat pelanggan dengan mudah. Selain itu,servis seperti mereka laman web,mengedit script,install software,designer dan sebagainya menjanjikan pulangan yang berbaloi,asalkan anda serius untuk buat duit melalui blog.
excellent service

Selain itu,anda juga boleh memanipulasikan blog anda untuk memasarkan servis orang lain, anda hanya ambil untung atas angin. Hehe..rahsianya? Katakan anda tinggal di Jitra,dekat dengan dR Rozmey punya kilang,jualkan produk itu di blog anda tetapi ambil untung atas caj wang pos. Kan untung tu...

Baiklah,itu adalah 6 teknik bagaimana blog mampu memberi pulangan yang lumayan untuk pemiliknya.Sekiranya anda masih beralasan untuk tidak memiliki blog anda sendiri,anda sebenarnya yang rugi. Mengapa saya berkata demikian?

Dengan menyebarkan ilmu melalui blog juga akan meningkatkan saham akhirat kita. Katakan 100 orang mengamalkan teknik dan ilmu yang anda ajar diblog anda,maka amal jariah anda sudah bertambah. 3 amalan yang tidak akan putus pahalanya sehingga ke kubur adalah:

1-Ilmu yang diamalkan oleh pelajar si mati
2-Sedekah jariah oleh si mati
3-Anak soleh yang mendoakan si mati

Jika anda masih beralasan,tidak mengapa,semoga anda selesa dengan kehidupan anda sekarang. Bukankah sharing is caring?? Moga dengan penyampaian artikel saya,anda akan beroleh manfaat darinya.


Nota : Anda boleh copy paste artikel ini untuk menyebarkan kepada umum dengan syarat penulis dan laman blog penulis tidak dibuang. Terima kasih.

Jul 29, 2010

karatnya emas..









DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.
Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.
Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.
Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.
"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.
"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.
Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.
"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.

KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.



Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.
Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).
"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.
Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.
Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.
"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.
"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.
Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.
Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.
"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.
"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.

EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit.



Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.
Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.
Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emasseberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa
Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.
Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.
"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya.

Jul 28, 2010

Anda percaya 'Paul si sotong', anda silap!

Presiden Iran bidas pihak pergunakan Paul




GAMBAR fail menunjukkan Paul di Akuarium Sea Life.




TEHERAN - Sotong yang popular kerana membuat ramalan perlawanan bola sepak Piala Dunia, Paul dikecam oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sebagai simbol keruntuhan yang dikaitkan dengan negara-negara Barat, lapor sebuah akhbar semalam.
Paul menjadi terkenal setelah ia meramalkan dengan tepat lapan perlawanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini.
Sotong tersebut membuat ramalan dengan memilih satu daripada dua bekas berisi makanan dengan setiap satunya mempunyai bendera negara yang bertanding.
Bagaimanapun, menurut Mahmoud, perbuatan penduduk negara-negara di Barat yang menjadikan haiwan laut tersebut sebagai pak nujum menggambarkan keruntuhan dan kemerosotan tamadunnya.
Pemimpin Iran berkenaan menuduh Paul bertanggungjawab menyebarkan propaganda Barat dan khurafat.
"Mereka yang percaya dengan perkara seperti ini (khurafat) tidak boleh menjadi pemimpin global," katanya pada satu ucapan di sini.
Kemarahan Mahmoud terhadap Paul bagaimanapun tidak setanding dengan sesetengah penyokong Jerman yang mahu menjadikan sotong berkenaan sebagai makanan laut kerana haiwan itu meramalkan dengan tepat kekalahan Jerman kepada Sepanyol pada separuh akhir kejohanan berkenaan.
Paul hidup di Akuarium Sea Life di Jerman. - Agensi

Feb 28, 2010

ahli baru...

this what it is all about..

mungkin belum terlambat utk mula memalingkan badan..
pandang ke matlamat yg asal
teringat waktu dulu..
ahli baru...
ad makna yg luas dan merdu dalam antonasi ungkapannya
terpulang pada si penyebut itu..
sama ada menggunakan suara perut, suara mulut, mahupun tidak mahu langsung bersuara..
namun begitu..
kami akan lebih fokus lagi selepas ini..

semuanya belum terlambat wahai sahabat-sahabatku..

* pd pukul 2.30 ptg ketika menikmati ice blending yg sedap~i'm the first customer~

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More