email dari Mohd Khoushaini Mohd Naim
Senario politik dunia dan negara kita sendiri, sering menarik perhatian kita yang cintakan kebaikan dan kemakmuran sejati. Namun silih berganti pemimpin dan parti di banyak negara umat Islam, seperti Khalida dan Hassina di Bangladesh, diantara Musharraf dan Zardari di Pakistan, diantara Mujahideen dan Taliban di Afghanistan, ia sering diikuti dengan kekecewaan umat Islam yang mengamati dari luar, apatah lagi umat yang secara langsung berhempas pulas memerah keringat ketika Pilihanraya bagi memastikan pilihan mereka menang atau yang bermatian berjihad di medan perang. Ramai umat Islam menyangka kemelut yang melanda mereka adalah kemelut kepimpinan dan pentadbiran negara semata-mata namun hakikatnya kepincangan dan penyakit yang berlaku di jasad umat ini adalah jauh lebih parah dari yang disangka. Kanser dijasad umat ini telah berlarutan ratusan tahun sejak dicengkam Penjajahan Barat dan Peperangan Ideologi (Ghazwah Fikri). Ia bukan terhad kepada sekadar runtuhnya Khilafah Islam dan hilangnya kesatuan umat. Ia bukan sekadar penjajahan Barat dan Timur ke atas bumi umat Islam. Ia bukan sekadar umat ini ketinggalan dalam teknologi dalam hampir kesemua bidang ilmu dan kehidupan . Hakikatnya umat Islam hari ini telah sampai ke tahap mundur, hilang identiti aqidah, ibadah, akhlak dan ciri-ciri keIslaman yang melayakkannya berada diposisi kekuatan dan kepimpinan, hingga ketahap lenyapnya asas dan tiang seri bagi tertegaknya sebuah masyarakat dan negara !
May 14, 2009
Jadilah hamba sebelum ketua..
Posted by Muhammad Taufiq Zulkefli on 9:35 AM
0 komentar:
Post a Comment
sila la comment..jangan malu jangan segan..because sharing is caring..and caring is for ALLAH..:)