permulaan yang baru..
segalanya masih lagi kabur..
antara yang benar dan yang dusta..
adakah diri ini masih lagi ternanti-nanti..
satu ruang untuk bergerak lebih maju..
bak azam manusia di tahun baru..
atau adakah ianya telah berlalu..tanpa disedari
manusia kan terlalu sombong untuk menjengah kehidupan yg lalu..
terlalu mulia untuk menilai lambakan dosa yang telah dilakukan..
terlalu asyik dengan masa hadapan yg belum pasti..
sehingga masa silamnya dibiar tak terjaga..
habis madu sepah dibuang..
diri ini..
belum tentu dapat mengotakan kata-kata yg diberi..
belum tentu dapat menunaikan janji-janji..
belum pasti berjaya menunaikan amanah diri..
astaghfirullah..begitu lemah hamba mu ini..
jahilnya..sombongnya..hipokritnya..
....
namun..
orang yang gagal adalah orang yg tidak bangun setelah jatuh..
jatuhnya samada jatuh bersahaja..
atau jatuh yang seisi alam boleh mendengar bunyinya..
bangkitlah wahai diri..
dari kesilapan dan kegagalan yang lalu..
meskipun mehnah dan tribulasi sedia menanti di hadapan..
bergeraklah dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
untuk menggapai kejayaan yang hakiki..
takut..taat..takwalah pada penciptamu..
semoga perjalanan yg akan dilalui ini..
tidak daku berkeseorangan..
sehingga hayat di penghujung jalan..
amin...
Jan 4, 2010
azam new year..
Posted by Muhammad Taufiq Zulkefli on 8:23 PM
0 komentar:
Post a Comment
sila la comment..jangan malu jangan segan..because sharing is caring..and caring is for ALLAH..:)